dendangan lagu gembira memetik rasa hati,
lalalalala....
andai aku pandai menyanyi meniti di bibir,
turunnya mutiara-mutiara yang halus,
bebola lutsinar jatuh ke bumi,
terdiam, terkaca mata,
tiada,
kerana hati berlagu riang ketika bosan menjelang...
melihat sang adik merokok,
membaca sebuah novel yang sadis,
berlampukan cahaya katil keoren-orenan,
otak bertinta menjadi serabut,
dengan kepulan asap yang mengaburi pandangan mata,
kelabu,
untuk abang sudah dibuai mimpi indah,
pasti tiada mengapa,
tapi kebuntuan dan kesyahduan irama dan lagu gembira,
menemani sepi nya hati,
diuliti, dicengkam rasa bundarnya BOSAN....
andai aku pandai menyanyi
tua muda miskin dan kaya.
lalalala.
aku sambung lagu yang popular zaman dulu kala.
fikiran aku dimamah dengan halusinasi
selain bosan datang singgah masalah kawan-kawan ada juga singgah.
masalah masing-masing selalu berlari ke sana-sini.
bosan ke hulu-hilir
abang aku tempias kasih sayang yang banyak dan aku kekurangan kasih sayang yang banyak.
masalah yang berlainan tapi sakit terasa sama .
~aduh.
malam yang aku dan abang aku cuba cipta gembira.
download lagu youtube yang sedia ada
supaya boleh la hilang rasa bosan gila.
sumpah susah gila.
tak tahu nak buat apa sudah ada.
yang abang besar dah tidur lena.
mimpi tak tahu ke mana.
yang kami dua ada,
merapu dan merana.
terciptanya satu quote,
keikhlasan tidak bole diukur seperti Garnier,
ketika merapu dan bergelak ketawa,
facebook dijadikan medium untuk menonton gelagat manusia,
membaca karangan status mengenai hidup, diri, sosial....
mau nya tidak untuk mengalami histeria?
penat baq ang,
mendengar runut-runut lagu gembira yang diulang banyak kali,
sepertinya penyanyi-penyanyi ini tidak letih untuk menyanyi,
mau aja aku bagi air teh bunga untuk depa minum,
untuk hilangkan penat tekak menghiburkan hati aku dan adikku,
nasib baik suara sedap,
kalau tidak, sia-sia sudah lagu yang di download ni,
untuk dijadikan ringtone phone aku?
inshea-Allah,
tapi untuk sang adik, menjadi runut lagu telefon mudah alih nya itu akan pasti...
hahaha.....
berbekalkan wifi yang hanya mampu tampung 500mb sahaja,
tercipta satu rapsodi,
sinis berbaur humor bila kebosanan datang bertandang,
nak melepak sekali katanya,
memang benar, bisa aja pelbagai aktiviti boleh dilakukan,
tapi otak aku dan adik ku selalu ingin bertinta di permukaan orange dan putih ni,
enggak bisa tidur sedang kan ini waktu rehat manusia,
ikut kata adik,
dia vampire jadi kiranya dia tidak boleh tidur waktu malam...
sayang,
muka suci tapi Edward Cullen rupanya...
hahaha...
sial kau seorang abang yang biadap
untuk adik yang beradap.
tatabahasa ko buat aku tersentap untuk merokok kembali.
aku monolog dengan diri aku sendiri sambil siaran di tv penuh dengan cerita-cerita hindu
semua ini kebetulan
hotel owner hindu dan hari ini perayaan hindu dan juga tv tak lekang siaran hindu.
hindu-hindu-hindu! aduh.
3.30am masih segar untuk merapu
abang aku yang biadap ini tak lepas untuk bertinta
perlu dilayan,
jangan jadi segan.
moga dia tak memberontak berkali-kali
aku di tegur untuk dua kali supaya tak mati pucuk
dalam biadapnya ada kebaikan.
beruntung dapat abang yang harum dan enak.
dan senak perut aku. haha.
aku rasa bilik ini banyak dosa dan iblis sebab tu aku berasa panas.
bahangnya mempulas-pulas kehangatan.
aku rasa ini malam untuk aku dan abang aku untuk cerita dan luah apa yang terkandung dalam pemikiran.
tak ada rahsia
cuma ada untuk bercerita tapi malas.
hai lah adik, bicara kata manis mu hanya dibibir sahaja kan...
tatabahasa yang kau tintakan,
sungguh sangat kurang harum dan nyaman...
sememangnya kau manusia berdosa,
tiada siapa yang tidak berdosa dalam dunia ini,
sememangnya bilik penuh dengan syaitun?
amboi kamu ni pun,
agak-agak lah air-cond tu tak berfungsi dengan elok,
tak ada gas,
jadi angin yang bahang yang terasa baq ang,
sayang, muka macho tapi hanchor,
tapi tidak mengapa,
kau tetap adik aku jugak,
walaupun status celebrity atau icon yang aku pegang sekarang,
tak akan aku palingkan u olls adik beradik aku...
walaupun engkau ibarat tempeyek atau lempeng pisang,
tak mengapa,
pasti akan ada yang menggemari,
redha pasti mengiringi,
Alhamdulillah... =)
bukak buku cinta,
amboi u olls,
tentu kamu teruja,
harus nya, pasti akan terdetik di dalam hati,
ala, biasa lah asam garam percintaan,
tapi kalau asam garam percintaan di rasa,
bagaimana dengan kopi gula cinta?
erti kata lain, masam dan masin adat bercinta,
mengapa tiada manis dan pahit dirasai jua?,
satu persatu muka surat kisah cinta di tinta,
indah dan kecewa berbaur,
humor dan sedih melambai jua mahu turut,
entah,
pastinya si dia akan bilang,
tak ada apa-apa,
tapi diri ini tahu dan mengerti,
dia ada pemahaman sendiri,
ya iya,
pahaman diri nya tidak boleh diukur seperti Garnier,
malah, tak tahu pun kalau segebu roti twiggies coklat,
penat ka melayan kerenah nya?
perhatian cukup ka diberikan kepadanya?
tiada masa ka untuk dibualkan ketika berjumpa mau pun berjauhan?
kerinduan dan cinta membara,
sedaya upaya dijaga agar tidak malap,
walhal, awan otak juga terlukis,
perasaan cinta disamakan dengan merah hati,
apa kaitan nya dengan bara api?
bukan ka nanti akan membakar diri bara api yang menyala itu?
rentung ka nanti perasaan cinta itu dek bara yang kuat?
semua nya bergantung kepada cik hati,
kata-kata cantik ditarikan oleh gerakan bibir,
tapi bagaimana pula dengan kata-kata ikhlas daripada telus tulusnya cik hati?
bisakah diterima oleh orang yang dicintai?
impian terindah adakah menjadi memori yang pernah terpahat?
atau bakal meraih semula seperti yang diingini?
cinta bukan untuk menyakiti,
ia ilhamkan untuk diri yang kerdil ini,
segala rasa di hati,
adakah dia sememangnya faham?
atau titipan di bibir dengan alunan suara sahaja?
pelbagai persoalan yang tidak sepatutnya dipersoal,
direncah,
menjadi coretan yang enak untuk didengar sebelum tidur...
masa, adat dan budaya dijadikan panduan,
untuk bercinta dengan setulus hati,
bukan nya satu alasan yang menerpa,
kun faya kun,
selumbar benang dipintal untuk dijadikan sebagai selimut,
selimut hati yang beku,
malah bisa kaku,
ketika turunnya hujan pasrah,
dan kebencian bertapak pula,
di sudut antara pancreas, perut dan peparu mahkluk bernama manusia.
No comments:
Post a Comment