Thursday, 25 October 2012

berkumandang gema takbir

takbir bergema,
berkumandang dengan penuh sayup...
peneman untuk seorang perantau seperti mcb...

" ko tak balik raya ke? "
soalan ini yang sering koklea telinga mcb dengar dan jenuh jugak bibir ini menjawab...
pasti nya selepas itu, senyuman akan diukir..
tanda hati ini redha...
rakan, sahabat yang mengucapkan Salam Aidil Adha..
dilintasi dengan ucapan terima kasih daripada diri yang kerdil ini...
pasti,
ramai lagi orang yang senasib,
cuma nya,
cara meraikan hari Qurban berbeza dengan setiap orang...

ya, diakui,
akan ada yang membantu di dapur..
mengemas rumah untuk meraikan hari pengorbanan ini..
menyusun atur kuih muih yanng akan dihidang atas meja...
untuk para tetamu,
yang berjunjung ke rumah...
tapi apa akan aku buat dengan deru kipas?
bunyi takbir yang menyentuh jiwa di youtube?
angin yang bersepoi selepas hujan?
membeli barangan dapur umpama aku meraikan sendirian Eidul Adha ini...

sepertinya,
membuatkan hati ini terdetik,
ada kah aku melakukan pengorbanan jua?
meninggalkan sementara keluarga di desa...
sementara aku berjihad untuk menuntut sekalung ilmu...
inshea-Allah moga aku mendapat rahmat dan keberkataan Yang Maha Esa...

ya, diakui,
sedih dan rindu menguliti diri..
mengenang semua orang yang aku sayangi tiada di sisi...
meraikan Eid Adha dengan cara tersendiri...
tidak mengapa barangkali...
Allah punya perancangan untuk diri mereka...
bergembira lar mak dan juga adik beradik sekalian...
tidak kira kalian semua berada di Kuching, Sibu mahupun Jitra...
usahlah bersedih...
sesungguhnya sirah Rasul kita mengajar kita erti satu pengorbanan yang tiada tara nya...

mcb, usahlah bersedih,
Allah kan ada...
berdoa lah, agar hati yang merindu, tenang...
mengadu sahaja pada Allah...
semoga dosa yang menggunung tinggi akan runtuh dan keinsafan meresap ke dalam diri...
=)

2 comments:

Che epy rashid said...

tersentap siut bila membaca tatabahasa yang ko labuhkan nie. sekerat demi kerat aku tersentap. satu demi satu aku aku berfikir sedih. kalau aku ada kekuatan untuk raya dengan ko aku dah usaha bro. tapi kita just rancang je, lain urusan kena redha. aku mintak maaf sbb tak boleh g raya dengan ko, sama-samam dengar takbir raya. aduh. sedih siut. aku harap ko bsabar bro dan tabah okay. ini pngorbanan ko, allah akan nilai dan akan bagi ko ganjaran yg ko akan cakap syukur sangat-sanagt :)

matacoklatbiru said...

usah lar sedih bro..
tak ape lar, kite bermaaf-maafan time raye aidil fitri ye..
ha..
Alhamdulillah...
eid adha ni pun aq da lalui dengan penuh rendah rasa hati..
serendah-rendah akar tanaman yang menusuk perut bumi.
pasti nya, akan ada peluang untuk kita meraikan bersama hari yang bergembira.
inshea-Allah, kita akan bersiap2, g masjid, tunaikan solat sunat raya, dengar takbir sama-sama ye tahun dpn...
Allah Maha Mengetahui.
doa2 kan ye =)

Post a Comment