Saturday, 11 August 2012

harapan untuk anak kecil itu...

well, alhamdulillah...
ketika mcb dilahirkan di bumi ni, Allah telah menetapkan apa yang Dia kehendaki terhadap mcb...
segala ujian, limpah dan kurnia-Nya...
mcb terima dengan hati yang terbuka....

mcb minggu lepas pergi ke program asnaf dan rumah anak yatim...
it was quite an experience...
mcb menyelami perasaan, naluri hati anak-anak kecil yang seusia 5 tahun yang dudok kat situ...
bukan itu saja, ada juga adik yang berusia 10 tahun yang sangat bijak pemikiran nya, tetapi dek kerana dibelenggu kemiskinan, dia di hantar ke asnaf ni...
ada juga mcb mendengar seorang remaja berusia 15 tahun yang tidak dapat meneruskan pengajian nya, malahan tidak dapat ambik pmr pon, sebab ape, tak ade kad pengenalan diri...
kasihan juga mcb kat depa semua ni...

mcb mendengar rintihan anak-anak ini mengenai kehidupan mereka...
sesungguhnya, tidak tertanggung rasa sebak di dada bila mcb dijadikan tempat untuk mereka meluahkan isi hati mereka...
pastinya, mcb agak teruja untuk mengenali adik-adik baru mcb ni...
and yeah, mereka ni telah mengajar mcb erti kesyukuran...

buat adik-adik ku sayang, ingat ye, abang sentiasa nampak kamu semua di dalam doa abang...
abang am doakan yang terbaik untuk anda semua...
abang am harap abang am dapat tengok korang berjaya dalam hidup, kareer dan paling penting adik-adik sekalian, marilah, kita bertemu di Al-Jannah...
inshea-Allah....

kita akan masok syurga beramai-ramai yer sayang...
moga Allah merahmati kita... =)

2 comments:

Che epy rashid said...

bro, sedih doe aku membaca. boleh tak ko bawa aku pergi sana,satu hari nanti, aku teringgin nak jumpa diaorg nie. mulia sangat diorang nie.

matacoklatbiru said...

inshea-Allah bole jer bro.
nanti kite g sane ye dik. =)

Post a Comment